BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 16, 2008

Manusia

Carey Anthony Marup
Universiti Malaysia Sarawak

Manusia

Manusia adalah haiwan sosial yang hidup berkelompok yang mempunyai keistimewaan yang lebih dari hidupan lain di dunia. Pelbagai perpektif mengenai kewujudan manusia. Ada yang menyatakan berasal dari beruk dan ada yang menyatakan manusia ciptaan tuhan yang dibentuk dari tanah liat dengan mengunakan rusuk lelaki. Namun demikian, persepsi ini bergantung pada ideologi serta kepercayaan individu itu sendiri.

Manusia mempunyai sifat-sifat tertentu yang saya anggap sebagai keistemewaan manusia sebagai makluk di dunia. Antaranya adalah, manusia boleh difahami sepenuhnya dalam konteks budaya, identiti-identiti etnik dan gender ( Ma’rof Rezuan & Haslina, 2001). Manusia dibentuk dan terbentuk oleh pengalaman dan persekitaran yang dialami setiap individu. Lain masyarakat maka lain lah identi yang terbentuk pada seseorang itu. Walau kembar sekalipun, jika ia terpisah dalam persekitaran yang berlain, maka lain lah karektornya.

Saya berpendapat, manusia yang terbentuk melalui pelbagai persekitaran telah membentuk satu masyarakat yang berlainan. Walaupun manusia adalah satu haiwan yang sama secara biologi namun ia boleh berbeza antara satu sama lain. Mengapa ia berbeza adalah kerana pengalaman yang dialami seseorang itu adalah berlain. Misalnya, mengapa kita mengumpat adalah kerana kita mempunyai pengalaman yang berbeza dengan orang yang diumpat. Begitu juga terdapat sekelompok manusia yang memandang serong kelompok lain misalnya terdapat rakyat malaysia yang pandang serong dengan masyarakat di Eropah. Begitu juga sebaliknya.

Manusia berfikiran dan membuat perspektif berdasarkan pengertian sendiri malah berdasarkan pengalaman yang diperolehi dari persekitaran individu tersebut. Malah melalui pengalaman yang membentuk persepsi menyebabkan berlakunya perbalahan antara manusia dengan manusia sendiri. Dengan kata lain manusia membentuk masyarakat, persekitaran, pengalaman serta ideologi dan persepsi. Melalui pembentukkan ini juga manusia saling bertelingkah antara satu sama lain. Ringkasnya, manusia membentuk dan terbentuk dan pada masa yang sama mengutuk manusia lain.

Dari segi psikologi, manusia mempunyai pemikiran yang sukar ditafsir, manusia berubah dari masa ke semasa mengikut peredaran masa dan juga persekitaran. Kehidupan manusia adalah satu proses perubahan yang berterusan. Yakni, dari baka melalui proses pesenyawaan dan pesekitaran. Pemikiran yang wujud dalam manusia adalah dicorak oleh budaya pesekitaran.

Kesimpulannya, manusia berfikiran dan membentuk identiti sendiri berdasarkan pengalaman yang diperolehi dari persekitaran sekaligus membentuk masyarakat yang berlainan dari seluruh dunia. Oleh itu, tidak hairanlah jika manusia mampu menyeluarkan pendapat yang berbeza. Oleh, manusia adalah satu makluk yang unik yang bukan hanya hidup berdasarkan pendirian malah berdasarkan persekitaran yang membentuknya.

2 comments:

ooo-hAa said...

gosh....am i that complicated??hahaha

Co-founder: Penemuruai said...

Hi..
Good to read. Quite technical..yea.
Do visit to my blogspot.
Thanks.
Regard
Founder of Penemuruai